Kajian mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional menunjukkan kepelbagaian tema. Antaranya termasuklah integrasi dalam kalangan pelajar, toleransi agama, pendidikan, bahasa, kebudayaan dan cara hidup, sosioekonomi serta peranan media dalam menjaga dan memupuk hubungan etnik.
Pelajar dan belia merupakan pelapis kepada pembinaan dan pembangunan negara. Golongan ini yang akan menentukan tahap hubungan etnik dan integrasi nasional pada masa hadapan. Oleh itu, kajian mengenai tahap hubungan dan integrasi dilakukan dari peringkat sekolah hinggalah peringkat pengajian tinggi untuk menilai statusnya. untuk menilai keharmonian dalam interaksi sosial pelajar majmuk di sekolah.
Persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional sememangnya diakui merupakan perkara yang penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang. Banyak kajian yang dijalankan tentang perbandingan etnik Melayu atau Islam dengan etnik atau agama lain. Namun, kurang dilakukan kajian perbandingan di antara etnik-etnik lain atau di antara agama-agama lain dan kajian yang ada lazimnya kajian mengenai budaya atau bahasa etnik itu sahaja. Amalan, budaya dan cara hidup dan ini merupakan satu kerugian kepada khazanah warisan negara sekiranya ianya tidak didokumentasikan segera. Kajian mengenai tahap integrasi belia pelbagai etnik sama ada dari peringkat sekolah rendah, menengah atau IPT juga agak kurang. Kekurangan ini perlu ditampung pada masa akan datang.
Ø kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi yang harmoni dan bertoleransi. Bilangan Kajian dan Dana 9.5 Memandangkan hubungan etnik dan integrasi nasional adalah penting dalam pembangunan negara dan pembentukan masyarakat, maka ianya menjadi satu bidang kajian yang amat penting dalam sains sosial termasuk bidang pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan PhD dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu terdapat penyelidik dari universiti-universiti lain yang menjalankan penyelidikan dalam tema yang sama termasuk universiti-universiti baru. 9.6 Secara keseluruhannya, terdapat 133 kajian mengenai pelbagai aspek tentang hubungan etnik dan integrasi nasional yang dijalankan oleh pengkaji daripada pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial.
No comments:
Post a Comment